Friday 5 June 2020

ESSENTIAL OIL PART 1

hi dears,

dah banyak hari aku hold niat aku nak share pasal essential oil yang aku guna.  Sekarang kalau tengok memang banyak iklan or promo pasal essential oil, benda sama brand je beza-beza.

ini carian google aku, antara 15 brands essential oil yg glemer:

Top 8 Best Essential Oil Brands (Both non-MLM and MLM companies)



yang aku familiar dari young living and doterra tu je.mungkin kat malaysia ni promosi lebih kepada 2 produk ni.  aku review untuk young living je la sebab aku sekarang tengah berjinak-jinak guna EO Young Living ni.

kenapa aku pilih Young Living sebab kawan aku promote kat aku yg tu..tapi sebelum tu kawan opis husband ada suh try EO dari ronella. tapi mungkin tak de info sangat EO ronella ni so aku pun tak de la nk semangat sangat.

1st time guna masa anak ke 2, sebab time baby dia sembelit siap nangis-nangis.  nak bagi makan ubat baby lagi..so aku try la EO Digize, EO ni fokus untuk hilangkan sembelit dia.  So memang berjaya tapi tak tahan sekali ngan aku n husband aku yg turut membuang tiap kali guna EO tu. aku tak jadi members, just beli loose je tat time.

pastu aku tak apply apa-apa utk EO ni..since harga dia pun boleh tahan juga.so memang menabung sungguh-sungguh nak beli EO ni. Anak aku pun sihat apa semua sampai dah beso ni.  paling utama bajet memang kurang since anak dah bertambah, dari 2 org jadi  3orang. pendam je la nk ada collection EO ni.

tapi last year 2019 ada kejadian di mana aku nekad untuk enroll as a members Young Living ni.  Aku enrol PSK, atau nama penuh dia Premium Starter Kits.
amik starter kits ni terus jadi member EO Young Living. aku enroll tapi tak de lagi masa ni nak jual-jual ke apa..sebab aku nk fokus on penggunaan menyeluruh EO yang ada ni untuk daily use kat umah.  tapi sebab banyak benefits tu aku nak share info and kegunaan EO ni.

untuk jadi member ada beberapa starter kits ikut bajet korang..starter kits bermula dengan:


Basic Starter Kits
Basic Plus Starter Kits
Premium Starter Kits Dessert Mist Diffuse

Premium Starter Kits Dew Drop Diffuse

Premium Starter Kits with NingXia


ini antara starter kits yang korang boleh beli untuk enrol as member.  tapi kalu korang nak try dulu tak yah la amik yang kits ni..ada je banyak promo-promo yang jual sets yang fokus on apa kebaikan and kesihatan yang korang prefer. contoh macam nak hilangkan stress, or nak diffuser je..promo beli diffuser free 1 or 2 minyak..lagi berbaloi dari beli 1, 1 kadang-kadang tu.  just kita kena bijak and plan la perbelanjaan kita bulan2..EO ni bukan hari-hari or bulan-bulan ko kena beli unless ko nak grow as a business field.

ok la nnt aku share lagi why aku jadi member, and apa EO yang bantu improve kesihatan mak and suami aku time tu.



Saturday 30 May 2020

YEAR OF 2020

hi,

Nak masuk 1 JUNE 2020 time aku type coretan ni. Tarikh nya adalah 30 MAY 2020.  Dah nak masuk setengah tahun of 2020 rupanya.

Masuk 1 MAY 2020 aku decided untuk berhenti keje semula and I am back to be fulltime house wife.
Nekad juga kali ni untuk berhenti jadi pembancuh kopi kat bawah umah aku ni. Enough is enough orang jawa cakap...hahahha..letih la fikirkan masalah orang lain.

Aku tak de planning lagi nak buat apa...tapi yang pasti i have to learn from previous experienced (9 bulan menganggur aka fulltime house wife) yang aku rasa tak menjadi planning aku tat time and menyebabkan aku kena insomia and depress sampai tahap laki aku suh aku p keje semula.huhuhu..

tapi mow aku tak lonely with anak2 lagi since laki aku work from home (WFH) lagi sempena virus covid-19 ni. so we are now under MOVEMENT CONTROL ORDER PAHE 4. so laki aku ada as assistant so xde la aku stress or apa lagi.

tapi aku rasa aku dah boleh handle emosi aku..insyaAllah.doakan la aku berjaya kali ni ye...and aku harap virus covid-19 ni cepat la hilang and doakan yang baik-baik untuk seluruh dunia.

resolusi aku utk setengah tahun ni:

1. schedule time utk diri sendiri and anak2
2. tulis semua aktiviti dan pencapaian diri sendiri dan anak2
3. kurangkan berbelanja yang tak berkaitan
4. banyak kan membaca buku
5. banyak kan baca alquran (quran time with anak2)
6. kurangkan tidur
7. cari side income

ok tu dulu la list aku..sok2 tambah lagi.hahahaha

p/s: nanti aku nak share pasal young living essential oil review.

ESSENTIAL OIL PART 1

hi dears, dah banyak hari aku hold niat aku nak share pasal essential oil yang aku guna.  Sekarang kalau tengok memang banyak iklan or pro...